Friday 16 March 2012

Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1.       Apabila mendengar azan, maka bangunlah serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.      Bacalah Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
3.      Berusahalah bertutur dalam bahasa arab Fushah kerana bahasa arab yang betul adalah syiar Islam.
4.      Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan.
5.      Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.      Janganlah banyak bergurau kerana umat syang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.      Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.      Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9.      Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dab berkasih-sayang.
10.   Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknyadan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Friday 24 February 2012

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi



Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. 


Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

“Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu.

Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….

Wednesday 8 February 2012

PLASTIK DARI BULU AYAM

PERCAYA atau tidak suatu hari nanti barangan plastik atau polimer akan dihasilkan dari bulu ayam. Penyelidik dari University of Nebraska, Lincoln telah menemui kaedah baru menghasilkan plastik dari bulu ayam. Bulu ayam mempunyai sejenis bahan yang kaya dengan protein dikenali sebagai keratin. Keratin adalah sejenis protein yang mempunyai sifat mekanikal yang kuat dan berketahanan yang tinggi yang juga terdapat pada paruh dan tanduk haiwan.
Untuk menghasilkan plastik ini, bulu ayam akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dikisar halus menjadi debu. Kemudian sejenis bahan kimia dicampurkan dan diikuti dengan proses pempolimeran. Proses ini akan menyebabkan molekul keratin bergabung dan membentuk rantaian panjang polimer.
Menurut Dr. Yang, penyelidik dari  Institute of Agriculture and Natural Resources at the University of Nebraska-Lincoln,plastik yang diperbuat daripada bulu ayam tahan suhu tinggi, kuat, berketahanan tinggi serta tidak telap air. Lebih penting ia adalah sejenis plastik yang boleh dikitar semula seperti termoplastik berasaskan keratin yang lain. Plastik jenis baru ini boleh digunakan untuk menghasilkan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan dan juga perkakasan perabot. Ujian mendapati, plastik ini dapat dileburkan pada suhu 170'C.
Penemuan plastik baru ini merupakan satu berita menggembirakan bagi pencinta alam sekitar. Kebanyakan plastik yang digunakan sekarang diperbuat daripada bahan petroleum atau bahan bakar fosil yang tidak boleh atau memakan masa yang lama sehingga ratusan tahun untuk terbiodegradasi. Plastik yang diperbuat daripada bulu ayam ini adalah sebaliknya dan perlahan-lahan akan larut-lesap secara semulajadi.
Berdasarkan fakta, lebih satu bilion kilogram bulu-bulu ayam dibuang ke tapak pelupusan sampah setiap tahun di Amerika Syarikat dan ia mencemarkan alam sekitar. Penemuan baru penghasilan bio-plastik dari bulu ayam ini, dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap produk berasaskan petroleum. Dan lebih penting ia mesra alam.

Sumber : therecycletimes.comGambar : ublcorp.com

Sunday 5 February 2012

Fenomena Ribut Matahari

Fenomena ledakan yang berlaku di matahari yang dikaitkan dengan ribut matahari telah berlaku pada hari Isnin 23 Jan 2012 . Ledakan terkini atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai yang paling kuat sejak tahun 2005, menurut Doug Biesecker, pakar astrofizik dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). Walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang boleh mencetuskan malapetaka di bumi, ujarnya lagi.
 
Fenomena ledakan matahari mencetuskan radiasi gelombang elektromagnetik yang diikuti dengan radiasi gelombang dalam bentuk partikel proton. Selain itu, ledakan juga telah menghamburkan jisim korona (Coronal Mass Ejection-CME) ke angkasa iaitu plasma bertenaga tinggi dari matahari.
 
 
Radiasi partikel bertenaga tinggi dan hamburan jisim korona sememangnya berkait rapat dengan fenomena letusan matahari. Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke bumi dalam jangka masa 1-2 hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah bumi dalam masa 8 minit.
 
Menurut laporan Goddard Space Weather Lab, hamburan jisim korona dijangka akan tiba ke bumi pada hari selasa atau rabu jam 21.18.
 
Selain bumi, planet-planet lain yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan dari fenomena ledakan dari ledakan tersebut. Planet Marikh akan merasai kesan tersebut pada hari Rabu bersamaan 24/Jan.
 
Menurut Doug Biesecker, CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer/jam menuju bumi. Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.
 
Pelbagai kesan akibat partikel bertenaga tinggi dan CME yang tercetus yang perlu diawasi menurut pakar. Antaranya ialah gangguan kecil fungsi satelit, gangguan sistem komunikasi dan juga GPS. Walaubagaimanapun, menurut laporan tiada perkara buruk yang serius akan berlaku ke atas manusia.
 
Menurut Kobus Olckers, penyelidik yang bertugas di Ises Regional Space Weather Warning Centre, Afrika Selatan, planet bumi dilapisi oleh medan magnet.
Partikel-partikel yang terhasil dari letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia bumi kerana dihalang oleh medan magnet. Sekiranya ia boleh mengancam nyawa manusia, ianya telah berlaku semalam (Isnin 23/Jan) menurutnya lagi.
 
Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19. Ketika itu kesan ketara yang berlaku ialah gangguan sistem telegraf. Gangguan yang berlaku pada tahun 1989 mengakibatkan kawasan Quebec di Kanada mengalami gangguan elektrik selama 9 jam.
Walaubagaimanapun, orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Asia dan Eropah masih boleh menikmati keindahan aurora yang terhasil dari fenomena ini.
Sumber : BBC